Kehidupan peribadi Che_Puan_Sofie_Louise_Johansson

Che Puan Sofie Louise Johansson membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.[1]

Beliau juga khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi serta turut dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina.

Bagi meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Melayu dan ingin lebih mendalami ilmu pengajian Islam, YBhg. Che Puan juga telah berkenan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan dengan mengambil jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Islam.